Monthly Archives: April 2012

Jumlah semasa peserta kelas Khat Riqa’ah dan Nasakh

Salam pada semua,
Alhamdulillah, setakat 07/04/12, kami telah pun menerima tempahan tempat dari 11 orang peserta. Kami anggarkan lebih ramai akan hadir pada hari pendaftaran nanti. Insyaallah~

Sekiranya ada diantara anda masih belum tempah tempat dengan kami, sila berbuat demikian dengan menempah melalui telefon bimbit anda.

Kami akan ‘Reserve’ tempat sehingga anda hadir pada hari pendaftaran nanti. Kelas akan bermula pada 1hb (Riqa’ah) dan 2hb (Nasakh) May 2012.

Perhatian, pendaftaran ditunda minggu depan

Assalamualaikum,
Oleh kerana berlaku sedikit perubahan/pengubahsuaian pada pejabat Seni Al-Rasm pada hari minggu ini, kami terpaksa menunda tarikh mula pendaftaran kepada hari Jumaat depan iaitu 13/4/2012. Waktu masih lagi sama iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 12 tghari. Harap maklum.

Sila confirm kan pada kami dgn sms maklumat nama <jarak> ic ke 014 – 518 0654. Tempat hanya terhad pada 15 orang / kelas. Kami akan hubungi anda untuk memberi keterangan lanjut.